جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.



Friday, March 13, 2015

Mahachai Market is one of Thailand's largest traditional fresh seafood markets

Jika anda singgah di Samut Sakhon, pastikan anda ke Mahacai market dimana anda boleh melihat masyarakat setempat menjual pelbagai barangan. Yang menarik mengenai pasar ini ialah, ia terletak di stesen kereta api, jadi jika kerata api sampai ke stesen anda akan menyaksikan aksi para peniaga akan mengalihkan barangan jualan mereka untuk laluan kereta api.  Sepanjang hentian kereta api terdapat pasar tersendiri seperti di Damneon market tetapi laluan ke stesen damneon telah di tutup kerana banjir. Sebelum ini anda boleh ke stesen Damnoen dan ke Damneon floating market.

Mahacai market

Di sini juga terletak Stesen kereta api Mahacai. Jika anda merancang untuk ke Bangkok dengan kos yang murah, anda boleh memilih kereta api ke stesen Wongwian yai. Untuk lebih detail anda boleh lihat entry ini. Merancang perjalanan ke Bangkok dengan pengangkutan awam.


  Stesen kereta api Mahacai

Tut tut antara kenderaan awam yang menarik di Thailand

Sumber:bangkokpost
Creadit :mylittlediary

Wednesday, March 11, 2015

Pengalaman menaiki gajah dan Pertunjukan monyet yang menarik

Monkey show:

Pengalaman menikmati pemandangan di sekitar floating market amat menarik dan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Setelah hampir sejam menaiki perahu, anda akan ke destinasi terakhir iaitu monkey show dan elephant ride. Disini anda akan bersama pelancong lain untuk menyaksikan aksi menarik monyet-monyet ini berpakian yang cantik dan membuat persembahan.



 
Setelah persembahan tamat anda boleh bergambar bersama monyet-monyet ini dan ianya PERCUMA!

Elephant ride:

Ok, monkey show settle, naik sampan setttle so perut pun dah kenyang, anda boleh menaiki gajah disini. Jika anda datang ke Thailand pasti anda mahu merasai sendiri pengalaman ini. Jika anda tidak memilih pakej seperti entry di atas anda boleh menaiki gajah ini dengan harga 600batt.

Anda akan di bawa sekitar kawasan Damnoen Saduak Camp

ok darat dah ciap pusing, sekarang moh le kita masuk air !!


Nak bergambar? Yes boleh dengan harga 100batt

Terima kasih mylittlediary 

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa perlu pilih Pos Laju untuk dropship?

Dropship?

Mahu menjadi agen dropship?

            Info mengenai dropship anda boleh google dan terdapat banyak dropship yang ada boleh pilih. Pastikan anda review dahulu syarikat untuk anda mahu menjadi ahli atau agen. Paling mudah apa kata anda belikan barangan itu untuk diri sendiri atau hadiah kepada rakan-rakan untuk memastikan perkhidmatan syarikat itu berkualiti atau tidak.

            Ramai yang baru menyertai bidang online bussiness pasti tidak tahu perkhidmatan untuk proses penghantaharan. Kepada peniaga yang mahu keuntungan lebih pasti tidak akan memilih pos laju kerana lebih mahal namun berdasarkan pengalaman di dalam bidang dropship, Pos Laju lebih berbaloi kerana meliputi kawasan pendalaman dan tidak pernah mempunyai masalah. Jika anda ingin mengunakan khidmat Pos Laju anda boleh menasihati atau menawarkan khidmat pos laju dengan mengenakan caj tambahan. Setelah selesai urusan jual beli anda boleh memeriksa status barangan anda dan ini memuadahkan anda untuk update kepada pelanggan.

                                               Traking number boleh ke link Poslaju

Nantikan entry seterusnya mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan dropship.

Sunday, March 1, 2015

Pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia kini secara digital

Perpustakaan sudah sinonim dengan kita sejak di bangku sekolah lagi. Kini Perpustakaan Negara Malaysia juga menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital melalui e-book selaras dengan perkembangan arena digital.
Pengguna boleh melayari laman rasmi perpustakaan negara :Perpustakaan Negara Malaysia
Laman utama

Kemudahan ini boleh menjimatkan masa dan anda boleh membaca pelbagai buku secara percuma dan tidak perlu fikir akan didenda jika tidak memulangkan buku yang di pinjam kerana ia akan di pulangkan secara automatik selepas seminggu dipinjam.

sumber:Perpustakaan Negara Malaysia

Lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...